Friday, April 13, 2012

Muntiara Kata


"Agama menjadi sendi hidup,pengaruh menjadi penjaganya.Kalau tidak bersendi,runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga ,binasalah hayatnya.Orang yang terhormat itu kehormatanya sendiri melarangnya berbuat jahat"
-Pepatah Arab-

"Jika anda mahu sesuatu ,anda akan cari jalan.Jika anda tidak mahu sesuatu anda akan cari alasan"
-Peribahasa Arab-

"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat menyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas"
-Mudah dan tepat-

"Ambillah watu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk bermain ,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.Ambillah masa untuk berdoa ,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah masa untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jalan menuju kebahagian.Ambillah waktu untuk tertawa,itu adalah muzik yang menggetar hati.A,billah waktu untuk memberi,itu membuat hidaup terasa beerti.Ambillah masa untuk berkerja kerana itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah masa untuk beramal ,itulah adalah kunci menuku syurga"

Nukilan:Ladies Of Muslim(Hamizah Shabudin)
Rujukan:Dara.com

Sayang Hanya Buatmu

Ibu,terima kasih untuk kasihmu
yang sering mendamaikan ku
yang serng menenangkanku
yang sering membahagiakan ku

u
Ibu,terima kasih atas didikanmu
yang mengajarku erti kehidupan
yang mengenalku erti kekeluargaan
yang membimbingku ke jalan yang benar

Namun Ibu
Ampunilah aku
yang sering menyusahkan mu
yang sering melukaimu
yang sering menyakiti mu

Ibu...
Terima kasih kerana melahirkan ku dalam keluarga yang bahagia
Terima kasih kerana memberi kasih sayang yang ikhlas
Terima kasih kerana mendidikku dengan didikkan yang tidak ternilai garganya

Ya Allah..
Panjangkanlah usia Ibuku
Berkatilah kehidupanya
Murahkanlah rezeki buatnya

Ya Allah..
Andai usiaku masih panjang
Bantulah aku menjadi anak yang solehah dan soleh
seperti mana anak yang setiap ibu inginkan

Ya Allah..
Andai usiaku masih panjang
Bantulah aku menjadi anak yang solehah dan soleh
yang dapat membahagiakan ibuku dunia dan akhirat..

Nukilan:Ladies Of Muslim(Hamizah Shabudin)
Ibu kini dan selamanya
Buat:Bonda Tersayang(Wan Zainab Bt Megat Abdullah)